Warning Warning: I am able to write to the configuration file: /home/mybook/domains/mybookscity.com/public_html/includes/configure.php. This is a potential security risk - please set the right user permissions on this file (read-only, CHMOD 644 or 444 are typical). You may need to use your webhost control panel/file-manager to change the permissions effectively. Contact your webhost for assistance. See this FAQ

Add to Cart:

Menjadi Remaja Smart Study: Kemahiran Belajar

RM14.90
Sale: RM14.90
Save: 0% off

  • 4 Units in Stock
  • Published by: PTS Publications


Menjadi Remaja Smart Study: Kemahiran Belajar Author: Osman Affan Binding: Softcover, 190 pages Publisher: PTS Millennia Sdn Bhd ISBN: 9833604641 Price: RM14.90 Synopsis Selepas minda anda bersedia, kemahiran belajar membawa anda menuju kecemerlangan dengan lebih cepat dan mudah. Kemahiran belajar umpama sejenis kenderaan. Semakin cekap kemahiran belajar anda, bertambah pantas dan selesa kenderaan anda. Kemahiran belajar membuat anda berasa belajar itu sebenarnya bukan sesuatu yang susah. Malah anda memahami mengapa pelajar yang cemerlang ada kalanya kelihatan seperti tidak mengulang kaji langsung. Tetapi mereka sentiasa mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Membaca jambatan ilmu. Kenyataan ini adalah benar. Membaca dapat menghubungkan anda pada ilmu yang ingin anda peroleh. Mudah sahaja. Sekiranya anda mahu pandai teknik belajar, anda boleh baca buku teknik-teknik belajar yang pantas dan berkesan. Apabila anda mahu pandai bercakap di depan khalayak ramai, anda boleh baca pula mengenai membina keyakinan bagi bercakap dan teknik-teknik menarik perhatian pen-dengar semasa memberi ucapan. Pendek kata, banyak kemahiran yang dapat anda peroleh dengan hanya membaca kemahiran-kemahiran itu. Buku Menjadi Remaja Smart Study - Kemahiran Belajar supaya dapat menjadi pelajar cemerlang ini adalah langkah kedua bagi menyiapkan diri anda sebagai seorang pelajar cemerlang. Langkah pertama sudah saya terangkan di dalam buku saya yang pertama iaitu Persediaan Minda untuk Menjadi Pelajar Cemerlang. Selepas minda anda bersedia, anda perlu mempelajari teknik belajar yang betul dan berkesan. Melalui buku ini, anda bakal mempelajari beberapa teknik asas kemahiran belajar seperti teknik menghafal, teknik pengurusan masa dan teknik bacaan pantas. Teknik-teknik ini perlu dilatih supaya anda dapat menggunakannya tanpa rasa kekok. Jangan bimbang ataupun risau apabila anda tidak dapat menguasai teknik-teknik ini semua selepas mencuba buat pertama kali. Anda perlu terus mencuba kerana kemahiran belajar hanya dapat dikuasai apabila anda mencuba berkali-kali dengan bersungguh-sungguh. Akhir kata, saya ucapkan selamat berjaya kepada anda semua. Pesan saya, praktikkan ilmu yang anda pelajari melalui buku ini supaya anda mendapat manfaatnya. Seperti kata pepatah, ilmu tanpa tanpa amal adalah umpama pokok tanpa buah. Selamat berjaya! Salam perkenalan dan persahabatan dari saya, Osman Affan. www.OsmanAffan.com Ampang, Selangor Februari 2007 Isi Kandungan Prakata Bahagian 1: Pemanah Bab 1: Pengenalan kepada SmartStudy Tools Bab 2: Teknik Menumpukan Perhatian Bab 3: Teknik Pernafasan Bab 4: Teknik Menenangkan Fikiran Bab 5: Pemanah: Tujuh Tabiat Buruk yang Perlu Dielakkan Bahagian 2: Kepantasan Bab 6: Kemahiran Mengurus Masa Bab 7: Teknik Bacaan Pantas Bab 8: Teknik Meningkatkan Kepantasan Bab 9: Belajar Berkumpulan Bab 10: Kepantasan: Tujuh Tabiat Buruk yang Perlu Dielakkan Bahagian 3: Ketepatan Bab 11: Kreativiti Bab 12: Memori Bab 13: Kesimpulan Biodata Pengarang

This product was added to our catalog on Sunday 26 October, 2008.

Your IP Address is: 38.107.191.85
Template designed by Sage Fish.com. Copyright © 2010 myBOOKScity.com
buy viagra online,is tramadol a narcotic,tramadol,is tramadol a narcotic,viagra,viagra 6 free samples
Zen Cart. Powered by Zen Cart
if you have to think ... you haven't been Zenned!